Sakit Sendi : Punca Dan Cara Rawatan

Anda ada masalah sakit sendi? Sendi merupakan penghubung antara tulang-tulang, menyokong dan membantu pergerakan. Sakit sendi akibat daripada penyakit dan kecederaan boleh mengganggu pergerakan dan menyakitkan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang punca sakit sendi dan cara rawatan sakit sendi yang berkesan untuk anda, baca perkongsiannya di sini.

 

 


Punca Sakit Sendi

Sendi menjadi penghubung antara tulang-tulang dan membantu pergerakan. Sebarang kecederaan pada sendi boleh mengganggu pergerakan dan menyebabkan kesakitan.

Banyak punca yang boleh menyebabkan sakit sendi termasuklah masalah osteo-arthritis, rheumatoid arthritis, bursitis, gout, kekejangan dan kecederaan-kecederaan lain.

Sakit lutut merupakan masalah sendi yang paling biasa dialami oleh manusia, diikuti dengan sakit bahu dan sakit pinggang. Selain itu, masalah sendi juga boleh menyerang pada mana-mana bahagian badan, dari buku lali dan kaki ke bahu dan tangan.

Semakin kita berusia, sakit sendi boleh menyerang dengan lebih kerap. Tahap kesakitan penyakit ini juga berbeza. Sakit sendi boleh hilang selepas beberapa minggu (akut), atau berlanjutan ke beberapa minggu lagi atau bulan (kronik).

Sakit dan bengkak yang terjadi pada sendi boleh mengganggu kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, ini boleh dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan, terapi fizikal dan rawatan alternatif lain.


Cara Rawatan Sakit Sendi

Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan dan merawat keadaan yang menjadi punca kepada kesakitan sendi. Matlamat rawatan adalah untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan, dan mengekalkan fungsi sendi. Pilihan rawatan yang ada termasuklah:

 

1. Pengambilan Ubat Tahan Sakit (Painkiller)

Pengambilan ubat-ubatan tahan sakit boleh melegakan kesakitan sendi untuk sementara waktu. Masalah mungkin berlaku apabila pengambilan ubat-ubatan tahan sakit ini diambil tanpa kawalan dan pemantauan. Antara risiko yang paling tinggi adalah masalah fungsi buah pinggang.

Masalah buah pinggang ini boleh dibahagikan kepada dua. Pertama adalah kegagalan buah pinggang akut. Ia dilaporkan berlaku kepada mereka yang mengambil ubat tahan sakit pada dos yang tinggi dalam tempoh singkat.

Kebanyakan pesakit yang mengalami gejala ini adalah mereka yang mempunyai masalah kekurangan bendalir dalam badan atau dehidrasi.

Satu jenis lagi masalah buah pinggang adalah kegagalan buah pinggang kronik. Ia juga digelar nefropati analgesik. Masalah ini disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan tahan sakit tanpa kawalan dalam tempoh yang panjang.

Kegagalan buah pinggang jenis ini memakan masa yang lama untuk berlaku. Beberapa kajian menunjukkan yang ia berlaku apabila pesakit mengambil ubat tahan sakit setiap hari dalam tempoh tiga ke enam tahun.

Kebiasaannya, ia berlaku pada mereka yang mengambil ubat tahan sakit tanpa arahan dan tanpa pengawasan doktor atau ahli farmasi.

Bagi memastikan ubat digunakan secara selamat, pesakit yang dalam kesakitan dinasihatkan untuk mengambil ubat tahan sakit mengikut kadar yang ditetapkan.

 

2. Penggunaan ubat sapu atau krim

Selain pengambilan ubat-ubatan tahan sakit yang dimakan, ada juga cara rawatan dari penggunaan ubat sapu yang diperbuat daripada gel atau krim yang boleh digunakan untuk melegakan sakit sendi dari luaran.

Ubat-ubatan jenis sapu ini selalunya hanya berkesan untuk sementara waktu dan tidak lagi berkesan untuk peringkat sakit sendi yang lebih teruk.

 

3. Pengambilan suntikan

Pada mereka yang tidak mendapat kelegaan daripada pengambilan ubat tahan sakit atau ubat sapu, selalunya doktor akan mengesyorkan pengambilan suntikan steroid terus ke bahagian sendi yang sakit setiap 3 atau 4 bulan sekali.

Suntikan steroid selalu digunakan untuk merawat pesakit arthritis atau tendinitis.

Rawatan ini berkesan, tapi pada kebanyakan masa kesannya hanyalah sementara. Sungguhpun begitu, ia mempunyai kesan sampingan. Kesan suntikan yang diambil banyak kali boleh merosakkan sendi secara fizikal.

 

4. Terapi Fizikal

Dengan menjalani rawatan terapi, boleh menguatkan otot-otot di sekitar bahagian sendi, menstabilkan sendi dan menambahbaik pergerakan.

Juruterapi akan menggunakan teknik seperti ultrasound, terapi panas dan sejuk, stimulasi saraf secara elektrik, dan manipulasi.

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, pengurangan berat boleh mengurangkan tekanan pada sendi yang sakit.

Bersenam adalah satu cara berkesan untuk mengurangkan berat badan (diamalkan bersama diet), tapi perlu dilakukan secara berhati-hati dengan senaman ringan supaya tidak menyakitkan sendi.

Berenang dan berbasikal adalah antara senaman yang terbaik kerana senaman jenis ini tidak terlalu memberi tekanan pada sendi anda.

 

5. Teknik PRICE

Kita juga boleh melegakan penyakit ini dengan teknik mudah ini di rumah.

Teknik ini dikenali sebagai PRICE:

Protect – Lindungi sendi dengan pelindung atau pembalut
Rest – Rehatkan sendi, elakkan melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan sendi
Ice – Letakkan ais pada sendi untuk 15 min it, beberapa kali dalam sehari
Compress – Ikatkan sendi dengan pembalut elastik
Elevate – Angkat sendi lebih tinggi dari paras jantung

Dengan meletakkan ais pada sendi yang sakit boleh melegakan kesakitan dan keradangan.

Untuk masalah ketegangan otot pada sekitar sendi, boleh cuba guna pad pemanas atau pembalut beberapa kali dalam sehari.

 

6. Rawatan Alternatif Sakit Sendi

Beberapa kajian telah menunjukkan penggunaan suplemen glukosamin dan chondroitin boleh membantu merawat penyakit ini.

Kedua-dua bahan ini merupakan komponen kepada kartilaj yang normal, yang menjadi pelapik antara tulang-tulang dan melindungi sendi.

Suplemen glukosamin dan chondroitin boleh didapati dalam bentuk kapsul, tablet, serbuk atau cecair.

Walaupun suplemen ini mungkin tidak berkesan untuk semua orang, ia adalah selamat untuk dicuba kerana tidak mempunyai kesan sampingan.

 

7. Rawat dengan Kolagen Type 2 Untuk Sakit Sendi

Kolagen merupakan sejenis protin yang membentuk tulang rawan, tulang dan tisu-tisu lain dalam badan manusia. Manakala kolagen type-2 berfungsi secara khusus untuk pembaikpulihan sendi.

Ia menambah ketebalan rawan sendi, menambahkan cecair pelincir (synovial) dan memperbaiki kebolehlenturan ligamen dan salur darah​.

Jika anda mencari suplemen atau makanan tambahan untuk membantu merawat sendi, kami sangat mengesyorkan ISila.

Produk nutrisi tambahan ini adalah berasaskan kolagen type-2 yang terbukti berkesan untuk merawat masalah-masalah berkaitan sendi, dan pada masa yang sama ia juga dapat membantu memperbaiki tulang rawan dan menambahkan pelincir pada sendi. Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

 

Jika masalah sakit yang dialami adalah agak serius, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera.

Sakit ini boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Penyakit-penyakit yang serius ini boleh mengakibatkan kerosakan pada sendi dan boleh mengakibatkan kecacatan jika tidak dirawat secara khusus.

Jika anda rasakan artikel tentang punca dan rawatan sakit sendi ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain.