Arthritis : Punca Arthritis & Cara Merawat Penyakit Arthritis

Anda mencari info mengenai arthritis? Arthritis atau radang sendi adalah masalah biasa yang selalu dihidapi di Malaysia. Arthritis adalah keradangan sendi dan istilah ini digunapakai untuk menerangkan lebih kurang 200 jenis keadaan yang melibatkan masalah sendi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang punca arthritis dan cara merawat penyakit arthritis ini, baca lebih lanjut perkongsiannya di sini.

 

 


Apa Itu Arthritis

Arthritis membawa maksud keradangan sendi dan istilah ini digunakan untuk menerangkan keadaan yang melibatkan masalah sakit sendi, tisu pada sendi dan lain-lain masalah berkaitan sendi.

Jenis yang paling biasa dihidapi pesakit ini adalah osteoarthritis.

Selain itu, rheumatoid arthritis (RA) juga merupakan jenis arthritis yang biasa dijumpai di Malaysia.

Pengidap rheumatoid arthritis selalunya akan mengalami simptom-simptom seperti sakit pada bahagian sendi, kaku dan bengkak pada bahagian sendi-sendi.

Simptom ini boleh terjadi secara pelahan-lahan atau secara tiba-tiba.

Keadaan rematik tertentu juga boleh memberi kesan kepada sistem imun dan organ-organ dalaman tubuh.

Arthritis biasanya dihidapi oleh orang dewasa yang berumur 65 tahun ke atas, tapi radang sendi ini juga boleh dihidapi oleh semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.


Fakta Ringkas Mengenai Arthritis

Berikut adalah beberapa fakta ringkas mengenai penyakit ini:

Arthritis merujuk kepada lebih kurang 200 jenis penyakit berkaitan sendi, termasuk osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

Radang sendi penyakit ini boleh menyebabkan gejala-gejala yang boleh mengganggu pergerakan seseorang untuk melakukan aktiviti harian.

Aktiviti fizikal boleh memberi kesan yang positif pada penyakit ini dan dapat mengurangkan kesakitan, memudahkan pergerakan dan menyumbang kepada kesihatan mental yang lebih baik.

Punca ia selalunya terjadi daripada kecederaan, sistem metabolisma yang tidak normal, faktor genetik dan kegagalan sistem imun tubuh.

Kaedah rawatan tertumpu pada mengurangkan kesakitan, mengurangkan kerosakan pada sendi, dan menambahbaik atau mengekalkan kualiti kehidupan. Ini melibatkan pengambilan ubat-ubatan, terapi fizikal, dan pendidikan dan sokongan pada pesakit ini.


Cara Rawatan

Kaedah rawatan adalah seperti berikut:

Pengambilan ubat-ubatan
Terapi bukan farmakologi
Terapi fizikal
Pemakaian alat sokongan sendi
Pendidikan dan bantuan sokongan
Pengurangan berat badan
Pembedahan, termasuk penggantian sendi


Ubat Arthritis

Jenis arthritis yang tidak bersifat radang seperti osteoarthritis, selalunya boleh dirawat dengan ubat tahan sakit, aktiviti fizikal, pengurangan berat badan jika pesakit mempunyai berat badan berlebihan dan pendidikan pengurusan kendiri.

Rawatan-rawatan ini juga digunapakai untuk merawat penyakit ini yang bersifat radang seperti rheumatoid arthritis selain daripada pengambilan ubat-ubatan atau dadah seperti corticosteroid dan NSAIDs, DMARDs, dan ubatan terbaru yang dikenali sebagai biologics.

Sungguhpun banyak kajian dalam mengubati penyakit ini sedang dijalankan sekarang, sehingga kini masih lagi tiada ubat atau rawatan yang mampu menyembuhkan keadaan pesakit radang sendi rheumatoid arthritis.

Perlu difahami bahawa penyakit ini adalah sejenis penyakit autoimun yang mana sel-sel badan sendiri yang menyerang sistem imun tubuh dan masih lagi tiada penawarnya.


ISila Untuk Merawat Kerosakan Sendi

Walaupun pesakit rheumatoid arthritis mungkin terpaksa menderita dengan penyakit ini untuk seumur hidupnya, kesakitan atau kerosakan pada sendi mungkin dapat dikurangkan dengan pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan.

Kami sangat mengesyorkan produk ISila ni sebagai salah satu ikhtiar anda dalam merawat kerosakan pada sendi akibat arthritis.

Bahan utama dalam ISila adalah Kolagen type 2 yang merupakan penemuan terkini dan telah menjadi satu fenomena yang menggantikan penggunaan glukosamin dalam rawatan sakit sendi. Kolagen type-2 berfungsi secara khusus untuk pembaikpulihan sendi.

Ia menambah ketebalan rawan sendi, menambahkan cecair pelincir dan memperbaiki kebolehlenturan ligamen dan salur darah. Nak tahu bagaimana ISila dapat membantu anda merawat kerosakan sendi?

 

Telah kami kongsikan info berkaitan penyakit ini. Jika anda rasakan artikel tentang arthritis ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang arthritis.