Suplemen Glucosamine Untuk Sakit Lutut, Sendi & Arthritis

Mencari info tentang glucosamine? Glucosamine dikatakan mampu memberi kelegaan masalah berkaitan sendi. Di sini kami kongsikan maklumat tentang glucosamine yang patut anda tahu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang suplemen glucosamine ini, baca perkongsiannya di sini.

Jika anda sedang mencari suplemen untuk mengurangkan masalah sakit lutut, sakit sendi atau arthritis, glucosamine mungkin berbaloi untuk dicuba.

Kajian telah menunjukkan bahawa bahan ini mampu memberikan kelegaan untuk masalah lutut osteoarthritis yang ringan dan sederhana. Ia juga mungkin berkesan untuk masalah-masalah berkaitan sendi yang lain juga.

 

 


Apa Itu Glucosamine?

Glucosamine adalah merupakan bahan aktif semulajadi di dalam badan manusia. Selain itu, ia juga datang dalam bentuk makanan tambahan atau suplemen. Terdapat dua jenis Glucosamine yang utama iaitu hydrochloride dan sulfate.


Apa Fungsi Glucosamine?

Glucosamine di dalam badan membantu untuk mengekalkan kartilaj yang sihat, iaitu tisu badan yang menjadi tulang kusyen pada sendi.

Sungguhpun begitu, kandungan bahan aktif ini akan mula berkurangan di dalam badan apabila kita semakin berusia. Kesan daripada kemerosotan bahan ini boleh menyebabkan masalah-masalah berkaitan sendi lama kelamaan.

Daripada kajian yang dijalankan, terdapat bukti yang menunjukkan penggunaan suplemen glucosamine sulfate dapat membantu memperlahankan kesan ini.

Suplemen ini juga digunakan untuk merawati penyakit rheumatoid arthritis dan penyakit-penyakit lain seperti asthma, alergi, kecederaan akibat bersukan dan sakit belakang.

Setakat ini, tidak banyak bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan suplemen ini berkesan untuk masalah-masalah ini.


Berapa Banyak Glucosamine Yang Perlu Diambil?

Kebanyakan kajian yang dilakukan untuk merawat masalah osteoarthritis, dos yang biasa diberikan adalah 500 miligram glucosamine sulfate, tiga kali sehari.

Untuk lebih kepastian, dapatkan saranan doktor yang merawat sakit anda.

Sebilangan pakar menyarankan untuk mengambil suplemen  ini bersama hidangan makanan untuk mengelakkan masalah sakit perut.


Adakah Glucosamine Terdapat Dalam Makanan Secara Semulajadi?

Tidak terdapat sumber makanan semulajadi yang mengandungi bahan ini. Kebiasaannya, suplemen glucosamine sulfat dihasilkan daripada sumber cengkerang laut.


Risiko Pengambilan Glucosamine

Secara amnya, glucosamine merupakan suplemen yang agak selamat.

Kesan sampingan akibat pengambilan suplemen ini adalah minima melainkan jika diambil dalam dos yang tinggi.

Kesan-kesan sampingan yang mungkin dirasai adalah seperti berikut:

Sakit perut
Pedih ulu hati
Mengantuk
Sakit kepala

Jika anda ada masalah alergi pada sumber makanan dari cengkerang laut, perlu berhati-hati dengan pengambilan glucosamine kerana ia boleh memberi tindakbalas pada anda.

Selain itu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen ini jika anda mempunyai masalah kencing manis, masalah buah pinggang, penyakit jantung, masalah pendarahan atau darah tinggi.

Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen ini jika anda sedang mengambil ubat-ubatan lain seperti ubat sakit jantung, ubat cair darah dan ubat kencing manis.

Selain itu, suplemen ini tidak digalakkan pengambilan untuk kanak-kanak, wanita mengandung atau menyusu oleh kerana tiada kajian yang dilakukan ke atas kumpulan-kumpulan ini.


Suplemen Glucosamine Dari ISila

Jika anda sedang mencari suplemen glucosamine untuk merawat masalah berkaitan sakit lutut, sakit sendi atau arthritis, kami sangat mengesyorkan produk ISila ni sebagai salah satu ikhtiar untuk anda.

Bahan utama dalam ISila adalah Kolagen type 2 yang merupakan penemuan terkini dan telah menjadi satu fenomena bersama penggunaan glukosamin dalam rawatan sendi. Kolagen type-2 berfungsi secara khusus untuk pembaikpulihan sendi.

Ia menambah ketebalan rawan sendi, menambahkan cecair pelincir dan memperbaiki kebolehlenturan ligamen dan salur darah. Nak tahu bagaimana ISila dapat membantu anda?

 

Jika anda rasakan artikel tentang info ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang glucosamine.