5 Petua Merawat Sakit Lutut dengan Bahan Semulajadi

Mencari petua sakit lutut dan sendi? Ini petua hilangkan sakit lutut untuk anda. Petua sakit lutut ini banyak menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati dan senang diamalkan. Nak tahu 5 petua ini? Jom baca lebih lanjut ni bawah.

 

 


Petua #1 : Halia

Halia adalah ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit lutut yang disebabkan oleh artritis, kekejangan otot dan kecederaan kerana khasiat halia itu sendiri sebagai anti-radang.  

 

Cara-cara:
1. Hancurkan sekepingan kecil halia
2. Masukkan ke dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit
3. Tapis campuran dan tambahkan sedikit madu dan jus lemon
4. Minum 2-3 cawan teh halia ini setiap hari sehingga sakit lutut hilang

Kajian artritis juga mendapati bahawa halia boleh mengurangkan sakit serta bengkak apabila digunakan bersama dengan rawatan prekripsi.  


Petua #2 : Kunyit

Bahan ini mengandungi kurkumin yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksida yang boleh mengurangkan sakit.

Kunyit juga boleh memperlahankan perkembangan artritis reumatoid iaitu salah satu punca utama sakit lutut.  

 

Cara-cara:
1. Campurkan setengah sudu teh halia kisar dan setengah sudu teh kunyit hidup kisar ke dalam satu cawan air
2. Didihkan selama 10 minit
3. Tapis, campurkan madu dan minum 2 kali sehari.


Petua #3 : Lemon

Lemon juga merupakan salah satu petua sakit lutut yang boleh diamalkan untuk merawat sakit lutut yang berpunca daripada arthritis.

Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga menjadi punca kepada beberapa jenis arthritis.  

 

Cara-cara:
1. Potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil
2. Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas
3. Celupkan kain ke dalam minyak bijan
4. Letakkan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit 
5. Lakukan 2 kali sehari hingga sakit hilang


Petua #4 : Kacang Bendi

Ramai yang tak tahu kacang bendi merupakan sayuran semulajadi yang banyak khasiat.

Selain bagus untuk merawat penyakit seperti kencing manis, ia juga boleh diamalkan untuk mengekalkan sendi yang sihat kerana ianya mengandungi antioksidan yang tinggi.

 

Cara-cara:
1. Dapatkan 1 ikat kacang bendi
2. Basuh dan potong halus
3. Rendamkan selama 8-12 jam di dalam air kosong supaya lendir bendi tadi keluar (tidak perlu rebus)
4. Minum air seperti biasa (air tiada rasa)
5. Bila air dah habis, boleh rendam lagi bendi tadi sampai 2-3 kali sampai lendir bendi tadi habis


Petua #5 : Kulit Lembu

Selain kacang bendi, ramai juga yang tak tahu bahawa kulit lembu merupakan makanan yang sangat bagus untuk sendi.

Kulit lembu adalah sumber yang kaya dengan protin, terutamanya kolagen.

Selain bagus untuk kulit yang anjal, kolagen juga sangat baik untuk memelihara kesihatan sendi dan lutut.

Selain melambatkan proses penuaan, kolagen jugak bagus untuk pesakit arthritis yang selalu mengalami kesakitan di bahagian sendi.

Apakah Kolagen dan Manfaatnya?

Dalam bahasa mudahnya, kolagen adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai ‘gam’ yang memegang bahagian badan kita.

Faedah kolagen bukan hanya untuk kulit tetapi juga baik untuk jantung dan dapat meningkatkan stamina.

 

Faedah lain mengambil kolagen adalah:
Kulit yang lebih sihat dan muda.
Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.
Ia meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
Membantu badan dalam membakar lemak, bagus untuk menurunkan berat badan.
Melambatkan kesan arthritis.
Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).

Orang dulu-dulu kalau sakit lutut minum sup kulit lembu.

Tahu tak kenapa?

Kajian sekarang dah terbukti bahawa Kolagen Type 2 yang ada dalam kulit lembu sangat efektif merawat sendi dari dalam.

Kolagen ni tak sama dengan kolagen biasa yang digunakan dalam produk kosmetik sebab ia khusus untuk memperbaiki sendi dan lutut yang rosak secara khusus.

Tapi…

Nak masak kulit lembu ni bukan senang.

Nak kena buang bulu dululah, nak kena salailah, nak kena rebus berjam-jam sebab nak bagi empuk.

Tapi dengan satu produk ni dah tak payah nak susah-susah buat semua tu.

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

 

Telah kami kongsikan 9 petua sakit lutut yang patut anda cuba di rumah. Jika anda rasakan artikel tentang petua sakit lutut ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang petua sakit lutut.